Mahir Short Learning Series - Coaster Fabrik Handmade
23 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2026, dua orang peserta telah mengikuti sesi Mahir Short Learning Series - Coaster Fabrik Handmade yang dijalankan melalui platform YouTube Studio Mahir bagi memberi pendedahan tentang kemahiran asas dalam menghasilkan coaster fabrik secara handmade serta mengajar cara menjahit dengan betul. Sesi ini menekankan bahawa aktiviti kraftangan memerlukan ketelitian, kreativiti serta kesabaran dalam menghasilkan produk yang kemas dan berkualiti.
Dalam modul ini, peserta mempelajari bahawa penghasilan coaster fabrik bukan hanya bergantung kepada kemahiran individu semata-mata, tetapi juga kepada teknik yang betul dalam pemilihan bahan, pemotongan fabrik serta proses jahitan yang kemas dan teratur. Peserta turut didedahkan kepada langkah-langkah asas menjahit serta bagaimana setiap proses memberi kesan kepada hasil akhir produk.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: